Assalamualaikum,
Awal solat kita baca doa Iftitah...antara ayatnya yang bermaksud,
"sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam ."
Jika kita sentiasa menjadikan ayat itu sebagai pegangan, InsyaAllah...kita akan sentiasa redha menerima segalanya, hati jadi tenang dalam menjalani hidup seharian.
Segala yang kita lakukan kerana Allah...bukan kerana wang, pujian dsbgnya! Boleh ke kerja tanpa gaji? Kalau cuti tanpa gaji seperti Ummi, okay je!
Kadang2 gaji tak seberapa, kenapa kita tengok dia happy je...Berbanding dengan orang yg berpangkat, nampak sedih atau serabai je hidupnya? Kalau kita redha dengan ketentuan Allah buat kita, sentiasa ucap Alhamdulillah...tandanya kita syukur lah tu,kan?
Apa jua pekerjaan kalau kita sentisa terima kerana Allah, kita akan bahagia untuk melakukannya. Jiwa tenang, gembira, tentu dpt menjalankan tugas / amanat yang diberikan dengan bersungguh hati untuk mencapai kejayaan.
Allah akan membantu dalan urusan tersebut, jalan nya akan dipermudahkan buat kita, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment