Friday, March 9, 2012

Tilam baru untuk ayah

"Ayah sakit"....sms yang diterima menyebakkan dada...

"Ayah masuk wad" sekali lagi sms diterima....mengalir terus air mata tanpa henti.

"Maafkan saya ayah, tak dapat melawat ayah di hospital"....sms yang di tullis, dipadam segera..

Tentu ayah tau saya jauh...di sebalik bumi...di Los Angeles...anggapanku mungkin.

Adakah ayah akan berdalih sepertiku kiranya aku memerlukannya seketika dia sihat dahulu? Tak pernah seingatku dia beralasan itu dan ini kiranya aku memerlukan pertolongannya. Biar payah, biar susah..akan di usahakannya sedapat mungkin memenuhi permintaanku.

"Allahuakhbar!...memang tak terbalas jasa seorang ayah...syurga jua tempat buat ayah...aameen.

Ku kirimkan duit kepada adik, "belikan tilam baru buat ayah ye dik!" sms ku kepadanya.

Ayah banyak menghabiskan masa di tilam, fikirku hanya itu yang dapat ku hulurkan buatnya di kala ini, sementara menantikan tarikh aku pulang menemuinya.

Friday, March 2, 2012

Ujian

Assalammualaikum,

Ummi kagum dengan mereka-mereka yang di berikan ujian oleh Allah Taala, sedangkan mereka menerimanya dengan tabah dan sabar sekali. Sesungguhnya Allah berikan ujian hanya kepada mereka yang sanggup sahaja, demi untuk menaikkan tahap keimanan masing-masing.

Kalau kita di berikan ujian, kita juga perlu bersabar dan redha. Selesai ujian, tentu kita akan merasakan nikmat yang tak terhingga. Kesyukuran yang teramat sangat...sedarlah kita ketika itu, Ujian tersebut kerana Allah sayangkan kita.

Ketika menghadapi Ujian, sentiasa berdoa, sentiasalah dekatkan diri kepada Allah. Jangan kita hilang pegangan dan pertimbangan. Ingatkan diri kita selalu, bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita.

Ujian bukan sahaja kesusahan. Kesenangan hidup juga merupakan ujian. Jangan kita lupa diri kiranya kita di berikan rezki yang melimpah ruah. Jangan kita salah gunakannya. Jangan kita menjadi sombong dan ego dengan rezkiNya...kita hanya hamba yang menumpang dan meminjam segalanya. Sampai masa, kita akan meninggalkan dunia. Meninggalkan segala kesenangan sementara, harta, anak, pasangan....segalanya. Hanya amalan sahaja yang akan kita bawa sebagai bekalan.

Cukupkah bekalan kita? Di terimakah amalan kita selama ini? Ikhlas kah kita beramal ibadah? Jangan sampai timbul perasaan riak dengan amalan kita.

Kecantikan diri juga sebenarnya ujian buat empunya diri. Sedarlah ianya juga pinjaman. Sentiasalah bersyukur. Mudah-mudahan ianya bermenafaat dan tidak menjuruskan kita kepada maksiat dan dosa.

Sama-sama kita muhasabah diri.