Assalamualaikum,
Tadi sewaktu mengambil anak balik dari sekolah, ketika menunggu didalam kereta, lalu seorang nenek muda bersama cucunya. Setiap hari mereka akan melalui jalan ummi parkir kereta. tapi hari ini setelah mereka berlalu 5 langkah dari kereta ummi, anjing besar menyusur dengan berlari laju mengejar mereka.
Terkejut ummi apabila nenek menjerit nama "Katherin!... Stop!...Come here girl!" Rupa-rupanya anjing tu keluar dari rumah mengejar untuk bersama-sama mereka.
Tapi bukan cerita anjing yg menarik perhatian Ummi di sini.
Anjing yang besar tu mesti di bawa balik ke rumah, namun Katherin berdegil mahu bersama, menyebabkan nenek menyeretnya dgn sepenuh daya berpatah balik. Kedengaran suara nenek agak cemas, kerana Keterin amat besar dan bertenaga. Cucunya yang berumur dalam lingkungan 6 tahun cuba membantu.
"Cindy, go back home and get the strap!...Oh no! don't..." jerit nenek tiba-tiba, "You cannot cross the road alone yet."
Inilah ayat yg menarik hati Ummi.
Nenek amat menjaga disiplin tata cara lalu lintas, walaupun jalan tersebut tidak sibuk. Tambahan lagi pemandu di sini akan berhenti ..'full stop' di setiap simpang bertanda 'STOP' walaupun tiada kenderaan. Dan setiap pemandu akan mementingkan pejalan kaki dulu. Rumah nenek tadi hanya di seberang jalan yang ada tanda "STOP" ini.
Masing-masing menjaga tata cara dan patuh...barulah selamat semuanya....Jauh amat berbeza disiplin nya dengan rakyat Malaysia... No wonder accident are low here compared to our country.
Agaknya cogan kata. "Malaysia Boleh!" tak boleh di applykan dlm kes ini...hehe..
Fikir-fikirkan di mana silapnya rakyat Malaysia...sentiasa 'panas baran' ketika memandu di jalan raya...
Tuesday, October 30, 2012
Sunday, October 28, 2012
Masa~
Pejam celik, pejam celik...sedar-sedar dah 3 tahun...dah tamat suatu tempoh yg mana sebelum datang ke LA, berbagai plan nak buat...Akhirnya bila tinggal lagi 3 bulan nak balik ke Malaysia...baru sedar betapa masa di biarkan berlalu tanpa satu plan pun dijalankan....waduhhhh..."Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian...."
Namun banyak benda baru yang tercapai, sesuatu yg tak pernah di impikan atau di plan sebelumnya. Alhamdulillah. Rasa sayang nak meninggalkan tempat yang sebegini mengasyikkan...Berbagai plan di buat lagi untuk membeli dan membawa balik segala harta....Namun, harta yang paling mahal adalah memori yang terpahat selama 3 tahun di sini...Mudah2an ianya berkekalan dalam ingatan....
Teringat ajal...bila tiba masanya, kita tak dapat menolak...Jika bekal untuk dibawa balik tidak mencukupi....Adusss...tak dapat diundurkan semula masa yg ada ketika itu. Jika tiada persiapannya....malang sekali....

Friday, October 19, 2012
kongsi kejayaan
Assalammualaikum,
Dah lama tak menulis. Ingatkan nak abandon je blog ni... Tapi hati sentiasa meronta-ronta nak menulis...Fikiran sentiasa nampak sesuatu untuk di tulis...
Hari ini, tergerak tangan untuk menulis setelah terbaca status FB ex penuntut ilmu yang pernah Ummi kenali...Rupa-rupanya, Ummi tak mengenalinya sebagai seorang individu. Beliau anak yatim piatu...
Alhamdulillah, rezki Allah berikan kepadanya, yang tak pernah termimpikan olehnya. Beliau mendapat tawaran untuk menjalani kursus 4 bulan di London...
Yang menarik, di sana beliau masih merendah diri. Tidak riak dengan rezki yang beliau dapat. Biarpun beliau seorang bujang, masih muda, beliau pandai memasak untuk rakan-rakan kumpulannya di sana.
Anak kampung dari Rembau, sudah tentu dia mampu berbangga dengan kejayaan tersebut. Pesanan kedua arwah emak dan ayahnya sentiasa tertulis di FB.
Sebak terasa...terfikir Ummi dengan siapakah dia berkongsi kejayaannya? Tidak seperti orang lain yang berayah dan ibu...
Terbayangkan anak-anak Ummi yang sentiasa berkongsi kejayaan masing-masing bersama Ummi dan Abah... Pandaikah anak-anak Ummi nanti menjalani hidup kiranya Ummi kembali ke Rahmatullah?
Allahuakhbar...masing-masing dengan rezki sendiri...fikir-fikirkan...

Subscribe to:
Comments (Atom)