Assalam,
Setiap kali masuk musim sejuk di Los Angeles, hari Ahad minggu pertama di bulan November, masa akan di ganjak 1 jam ke belakang dek kerana siang(cerah) semakin pendek... Suatu masalah yang selalu anak2 ummi mengeloh..."susahnya nak solat di sekolah." Zohor akan tamat jam 2.30ptg dan semakin berganjak awal..sedangkan sekolah akan tamat jam 3ptg.
Anak2 tak dapat minta diri untuk keluar solat seperti sekolah di M'sia. Bukan kerana takut di denda oleh pihak sekolah, tapi akan di tolak markah pembelajaran yg akan menyebabkan fail keseluruhan kerana tak cukup jam di kelas...
Hari ni Jumaat, ada sekumpulan pelajar islam merancang unk bersolat jemaah di kelas yg kosong...Tapi tiba2 pihak sekolah dtg dan menghalau anak2 dan rakan dr kelas tersebut....katanya no religious practise in school...
Maka merungut lah anak2 ummi sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi.. "Semua kawan2 di Malaysia ada surau di sekolah pun, masih tak nak solat, kalau kena mcm ni baru nak sedar diri...
So, terpaksalah anak2 ummi buat solat jama' tamam di rumah tiap hari...