Sunday, January 8, 2012

Jauh berjalan......

Alhamdulillah,

Banyak yang dilihat bila kita jauh berjalan. Semakin kita meningkat usia, kita juga berjumpa berbagai jenis orang. Pelbagai ujian yang Allah berikan kepada orang disekeliling kita.  Selain daripada yang kembali kepada Allah dalam menangani masalahnya, kita juga akan berjumpa dengan orang2 yg semakin jauh menyimpang dari jalan yang Benar.

Ada yang kita boleh bantu dengan nasihat dan bimbingan, ada juga yang melenting dan menghentam kita semula (Sabar je le!). Wallahua'lam....kita hanya berusaha, Allah yang memberikan hidayahNya.

Kita tak perlu rasa diri kita lagi baik daripada orang yang kita nasihat/bimbing...kerana itu akan menyimpangkan niat ikhlas kita untuk membantu.  Niatkan sebab kita kasih dan sayangkan orang tersebut dengan niat kerana Allah...

Tak kurang juga ramai yang "mengchopkan"  diri kita sebagai orang kampungan bila bercakap mengenai ugama...apa lagi macam Ummi yang bertudung ni....Dia hilang respect kat Ummi...sehingga Ummi kadang2 tak sabar, terpaksa aje Ummi bgtau sejarah pendidikan Ummi. Tapi sebenarnya malas nak cerita panjang2. Namun unk bela diri dan perempuan Islam yg bertudung, cerita tetap cerita.

Bila dah dpt tau latarbelakang pelajaran dan kerja Ummi (tak le gah sgt, tapi terlepaslah dari tuduhan "Minah kampung masuk bandar tu...hehe), baru lah org tu tukar cara berbual dgn Ummi.

So...pesan ummi (untuk diri sendiri juga) "Don't judge the book by it's cover"...

No comments:

Post a Comment