Saturday, June 18, 2011

2nd cerpen tersiar

Assalamualaikum,

Di mulakan dgn Bismillah...di sudahi dgn Alhamdulillah...

Alhamdulillah terkabul doa supaya cerpen kedua di siarkan. Dalam keluaran Jun17-23 ,2011 di Majalah Mingguan Wanita...

Baru terasa payahnya jadi penulis...

Tuesday, June 14, 2011

Anniversary ke 24

Assalamualaikum,

12hb Jun, 1987....hari bersejarah. di sebuah masjid di Albany, New York...USA. Akad nikah telah dilangsungkan selepas waktu solat maghrib oleh syeikh Al Jabbari. Di ikuti oleh jamuan makan malam..yang di masak dan di usahakan oleh tangan sendiri dan pertolongan kawan2.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun tertinggal lauk utama di rumah...

Alhamdulillah...24thn berlalu...di kurniakan 5 orang anak. Masih bersama walaupun telah melaluinya dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

Alhamdulillah.... di kurniakan rezki yang melimpah dan sentiasa di berkati dengan rezki yang halal.

Alhamdulillah..... masih di kurniakan rezki oleh Allah Taala sehingga ke saat ini.

Friday, June 3, 2011

Birthday 2011

Assalammualaikum,

Ummi happy sgt mendapat ucapan b'day yg beratus bnyknya di FB semlm...Rindu dgn semua yg mengingati ummi..

Sedih ...kerana sedar diri tidak semuda dulu, akal sentiasa tersekat-sekat ingatannya. cepat terlupa. Susahnya untuk menghafal sesuatu. Tetapi apa yg pernah dihafal ketika usia muda...masih terpahat utuh.

Tuntutlah ilmu sebanyaknya di ketika usia masih muda. jangan di sia-siakan masa dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah...Hafal lah doa atau ayat Al Qur'an tika mana otak masih kuat mengingati segalanya. Bukan hanya sekadar menghafal ilmu duniawi semata-mata kerana mengejar cita-cita untuk kehidupan dunia yg sementara sahaja...Seimbangkanlah ke dua-duanya, InsyaAllah kita akan sentiasa di bawah lindungan RahmatNya.