Assalamualaikum,
Awal solat kita baca doa Iftitah...antara ayatnya yang bermaksud,
"sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam ."
Jika kita sentiasa menjadikan ayat itu sebagai pegangan, InsyaAllah...kita akan sentiasa redha menerima segalanya, hati jadi tenang dalam menjalani hidup seharian.
Segala yang kita lakukan kerana Allah...bukan kerana wang, pujian dsbgnya! Boleh ke kerja tanpa gaji? Kalau cuti tanpa gaji seperti Ummi, okay je!
Kadang2 gaji tak seberapa, kenapa kita tengok dia happy je...Berbanding dengan orang yg berpangkat, nampak sedih atau serabai je hidupnya? Kalau kita redha dengan ketentuan Allah buat kita, sentiasa ucap Alhamdulillah...tandanya kita syukur lah tu,kan?
Apa jua pekerjaan kalau kita sentisa terima kerana Allah, kita akan bahagia untuk melakukannya. Jiwa tenang, gembira, tentu dpt menjalankan tugas / amanat yang diberikan dengan bersungguh hati untuk mencapai kejayaan.
Allah akan membantu dalan urusan tersebut, jalan nya akan dipermudahkan buat kita, InsyaAllah.
Monday, January 23, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Fitnah bila sudah bernanah
Assalamualaikum,
Sedih dan pedih sekali bila diri menjadi bahan fitnah. Bermula hanya dari seorang yang salah sangka, habis satu kampung di hebahkan... Habis kawan2 lama Ummi pun dah termakan dengan cakapnya...maalumlah dia di hormati semua dan berpengaruh besar.
Parah jika tidak dibetulkan. Tapi masalah besar bila cuba dibetulkan, orang penabur fitnah itu dah chop kita "jahat". Apa cara sekalipun kita cuba betulkan, dia tetap memandang segalanya hanya kejahatan.
Betullah dunia fitnah sekarang ni. Apa yang baik, disangka jahat dan sebaliknya.
Amat pedih lagi, kerana penabur fitnah itu pernah kita sanjung tinggi kerana ilmu dan budinya.
"Biarlah dan sabarlah hati" Kata orang, "Tak kenal maka tak cinta"...mungkin dah lama tak jumpa (30tahun), dia sendiri tak kenal dengan Ummi sekarang ini.
Mudah2an realiti memadam segala khayalan mindanya, Ummi tak seperti mana di bayangkannya....Ameen.
Contoh dari ustaz Don: "lalat kecil yang hinggap di hidung patung berhala, Berhala tak dapat berbuat apa2 untuk mengusirnya. Realiti biar sekecil lalat pun dapat memberikan bukti kebenaran alam realiti."
Apa la yang di lalutkan Ummi ni...hehe..
Sunday, January 8, 2012
Jauh berjalan......
Alhamdulillah,
Banyak yang dilihat bila kita jauh berjalan. Semakin kita meningkat usia, kita juga berjumpa berbagai jenis orang. Pelbagai ujian yang Allah berikan kepada orang disekeliling kita. Selain daripada yang kembali kepada Allah dalam menangani masalahnya, kita juga akan berjumpa dengan orang2 yg semakin jauh menyimpang dari jalan yang Benar.
Ada yang kita boleh bantu dengan nasihat dan bimbingan, ada juga yang melenting dan menghentam kita semula (Sabar je le!). Wallahua'lam....kita hanya berusaha, Allah yang memberikan hidayahNya.
Kita tak perlu rasa diri kita lagi baik daripada orang yang kita nasihat/bimbing...kerana itu akan menyimpangkan niat ikhlas kita untuk membantu. Niatkan sebab kita kasih dan sayangkan orang tersebut dengan niat kerana Allah...
Tak kurang juga ramai yang "mengchopkan" diri kita sebagai orang kampungan bila bercakap mengenai ugama...apa lagi macam Ummi yang bertudung ni....Dia hilang respect kat Ummi...sehingga Ummi kadang2 tak sabar, terpaksa aje Ummi bgtau sejarah pendidikan Ummi. Tapi sebenarnya malas nak cerita panjang2. Namun unk bela diri dan perempuan Islam yg bertudung, cerita tetap cerita.
Bila dah dpt tau latarbelakang pelajaran dan kerja Ummi (tak le gah sgt, tapi terlepaslah dari tuduhan "Minah kampung masuk bandar tu...hehe), baru lah org tu tukar cara berbual dgn Ummi.
So...pesan ummi (untuk diri sendiri juga) "Don't judge the book by it's cover"...

Reaksi pembaca cerpen Mawar Ungu
~sekuntum mawar ungu~
by Aisahtull Jamiza Abd Jamil on Monday, November 14, 2011 at 7:57pm
mawar ungu itu...
seindah warnanya
menjadi lambang setia
satu dalam beribu
mawar ungu itu...
tetap teguh dengan pendiriannya
tidak goyah dengan kutukan
terus tetap dalam pegangan
mawar ungu itu...
seindah ciptaan
mekar walau sendirian
hanya PENCIPTA menjadi kekuatan
mawar ungu itu...
hanya pasrah pada ujian
dan yakin setiap aturan
yang telah ditetapkan
mawar ungu itu...
akan terus tetap menjadi
sekuntum mawar ungu...
~sekuntum mawar ungu~
inspirasi dari cerpen
"sekuntum mawar ungu" karya ummi massruhaiza ali..
ummi..cerpen ummi yang sempat saya baca masa majlis raya aidiladha aritu,
sangat memberi kesan..kepada hati dan jiwa..warna ungu itu warna kegemaran saya..terima kasih ummi!!
izinkan saya juga menjadi seperti "sekuntum mawar ungu" itu...untuk kak noor, kak nina, hanee..cerpen itu ummi khaskan untuk kamu semua..tetap teguh hati dan iman walau dimana juga berada..puisi ini..untuk kita semua! kakak masih mencuba..semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA~
salam kasih dan sayang buat mujahidah solehah..~SEMUA DEMI REDHANYA~
LongBean
11/14/2011
7.54 pm
walnutheights
Tuesday, January 3, 2012
Lama tak menulis
As Salam,
Dah lama tak menulis...sebabnya..lupa mcmana nak masuk blog....terlalu banyak password unk pelbagai blog dan account yang ummi kena check...hehe...Sememangnya sedar, diri semakin berumur dan ingatan semakin pudar.
Nak tulis apa pun dah tak ingat...sebab bnyk cerita berlalu tanpa catatan...ruginya!
So, kepada semua, marilah kita gerakkan diri untuk mencatat setiap pengalaman kita...tak kiralah di diari, blog or dalam komputer.
Manalah tau, pengalaman kita boleh di jadikan iktibar atau pesanan buat kawan2, adik2, dan anak2 kita..
(Ingatan unk diri sendiri ni!)

Subscribe to:
Comments (Atom)