Assalammualaikum,
Ummi kagum dengan mereka-mereka yang di berikan ujian oleh Allah Taala, sedangkan mereka menerimanya dengan tabah dan sabar sekali. Sesungguhnya Allah berikan ujian hanya kepada mereka yang sanggup sahaja, demi untuk menaikkan tahap keimanan masing-masing.
Kalau kita di berikan ujian, kita juga perlu bersabar dan redha. Selesai ujian, tentu kita akan merasakan nikmat yang tak terhingga. Kesyukuran yang teramat sangat...sedarlah kita ketika itu, Ujian tersebut kerana Allah sayangkan kita.
Ketika menghadapi Ujian, sentiasa berdoa, sentiasalah dekatkan diri kepada Allah. Jangan kita hilang pegangan dan pertimbangan. Ingatkan diri kita selalu, bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita.
Ujian bukan sahaja kesusahan. Kesenangan hidup juga merupakan ujian. Jangan kita lupa diri kiranya kita di berikan rezki yang melimpah ruah. Jangan kita salah gunakannya. Jangan kita menjadi sombong dan ego dengan rezkiNya...kita hanya hamba yang menumpang dan meminjam segalanya. Sampai masa, kita akan meninggalkan dunia. Meninggalkan segala kesenangan sementara, harta, anak, pasangan....segalanya. Hanya amalan sahaja yang akan kita bawa sebagai bekalan.
Cukupkah bekalan kita? Di terimakah amalan kita selama ini? Ikhlas kah kita beramal ibadah? Jangan sampai timbul perasaan riak dengan amalan kita.
Kecantikan diri juga sebenarnya ujian buat empunya diri. Sedarlah ianya juga pinjaman. Sentiasalah bersyukur. Mudah-mudahan ianya bermenafaat dan tidak menjuruskan kita kepada maksiat dan dosa.
Sama-sama kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment