Assalamualaikum,
Sedih dan pedih sekali bila diri menjadi bahan fitnah. Bermula hanya dari seorang yang salah sangka, habis satu kampung di hebahkan... Habis kawan2 lama Ummi pun dah termakan dengan cakapnya...maalumlah dia di hormati semua dan berpengaruh besar.
Parah jika tidak dibetulkan. Tapi masalah besar bila cuba dibetulkan, orang penabur fitnah itu dah chop kita "jahat". Apa cara sekalipun kita cuba betulkan, dia tetap memandang segalanya hanya kejahatan.
Betullah dunia fitnah sekarang ni. Apa yang baik, disangka jahat dan sebaliknya.
Amat pedih lagi, kerana penabur fitnah itu pernah kita sanjung tinggi kerana ilmu dan budinya.
"Biarlah dan sabarlah hati" Kata orang, "Tak kenal maka tak cinta"...mungkin dah lama tak jumpa (30tahun), dia sendiri tak kenal dengan Ummi sekarang ini.
Mudah2an realiti memadam segala khayalan mindanya, Ummi tak seperti mana di bayangkannya....Ameen.
Contoh dari ustaz Don: "lalat kecil yang hinggap di hidung patung berhala, Berhala tak dapat berbuat apa2 untuk mengusirnya. Realiti biar sekecil lalat pun dapat memberikan bukti kebenaran alam realiti."
Apa la yang di lalutkan Ummi ni...hehe..
No comments:
Post a Comment