Thursday, May 19, 2011

Share dari kawan

Ummi dpt ni dr kawan hubby ummi di FB, beliau mempunyai 9 orang anak. Saiz badan sama je macam ummi, juga seorang guru.

"Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa depan dengan gambaran yang sesuai dengan kehendak kita, untuk itu tidak ada gunanya membinasakan diri dalam kekecewaan kerana sesuatu yang tidak mampu kita ubah..........Jadilah wanita yang paling bahagia.


Bukan senang jadi perempuan... Tapi mudah masuk syurga, walaupun begitu ramai yang masuk neraka.


Nak tau kenapa?


Buka lah ceramh ustaz kazim di Youtube...Ummi ni tak pandai lak nak explain...

Author/Penulis

Assalamualaikum,

Ummi tertarik dengan cara pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah di USA ni.  Setiap buku yang akan di baca oleh kanak2/pelajar...nama penulis yang di dahulukan. Nama penulis, di tulis besar-besar. menjadi kesalahan jika tidak dinyatakan nama penulis jika kita qoute/ ambil sebahagian drpd ayat tulisannya... So,"Hak ciptanya Terpelihara".

Bila Ummi buka majalah keluaran Malaysia, yang menyiarkan article atau pun cerpen...kecik je tulisan nama penulisnya...kalau tak cari, tak jumpa.   Kita di sekolah pun tak di didik supaya menghormati atau menyangjungi penulis sepertimana yang di buat di sekolah omputih.

 Rasanya sebab itulah hanya ada segelintir penulis sahaja yang di kenali umum...itupun kalau dia menulis dan ada buku yang dikeluarkan oleh DBP....kalau ada buku penulisannya keluaran pencetak selainnya...alamat tak dikenali lah sampai dia dapat anugerah sesuatu untuk hasil karyanya.

Kasihan juga saya dengan para penulis Malaysia yang kurang mendapat layanan umum, bukan senang untuk menghasilkan sesuatu karya...bangunnya, tidurnya, mandinya...semuanya akan digunakan masanya untuk memerah otak untuk hasilkan karya yang bermutu.  Kemudian sabar mereka menanti untuk di cetak karyanya...tidak semua karya yang di kemukakan kepada majalah/penerbit akan terpilih....

Sekiranya terpilih, belum tentu dibaca atau dihargai....sungguh malang sekali...ada juga penulis yang berbakat, namun tidak mendapat tempat di hati pembaca...kerana kita, orang Malaysia kurang membaca...(jika dibandingkan dengan Omputih...di mana-mana pun mereka berjalan bersama bahan bacaan...sehinggalah ke toilet pun, bawa surat khabar/majalah)...Tidak hairanlah penulis omputih ni boleh jadi jutawan hanya dengan menulis, tak kiralah novel atau pun article dalam media bercetak.

So, Tak kan lah hanya pelajar berjurusan sastera sahaja yang layak menulis? Sepatutnya pelajar jurusan Sains amatlah perlu menulis...bukan cerpen cintan cintun sahaja yang patut ada di pasaran...tapi menulislah tentang ilmu yang anda dapat untuk di kongsi bersama rakyat Malaysia...supaya sanak saudara kita dapat di tarbiahkan dengan ilmu yang kita ada....supaya kita semua menjadi rakyat berilmu pengetahuan tinggi...

Kepada semua, sahut lah ajaran Malaikat Jibrail yang menurunkan wahyu kepada Nabi SAW...."IQra'...Jika tiada penulis,  macamana nak ada pembaca?

Wednesday, May 18, 2011

Kisah silam

Assalamualaikum,

Setiap yang hidup ada kisah silam. Berbagai kisah sudah pasti, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia seperti Ummi. Tetapi tidak semua kisah silam jelas di ingatan, kecuali yang benar-benar special, kan?

Selalunya photo akan menjelaskan lagi ingatan yang hampir luput. Namun, tak perlu di ratap tangis kisah sedih yang sudah berlalu. Setiap kisah mendewasakan kita.

Kenangan mengusik jiwa selalu bermain di ingatan...jangan dilayan keterlaluan...kelak diri merana dek gangguan syaitan yang sentiasa menyesatkan kita.

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini, walaupun ianya hanya pinjaman semata, selagi kita bernyawa.

Selalulah bermuhasabah diri, jika kehidupan silam banyak berbuat dosa, segeralah bertaubat kepadaNya...selagi kita ada masa. Allah sentiasa menunggu kehadiran kita, mengadap dengan penuh kekesalan, membetulkan diri daripada kesilapan...sebelum nyawa sampai kekerongkongan, InsyaAllah...taubat masih di terima Allah Azzawajalla.

Tuesday, May 17, 2011

Di mana bumi dipijak, ia tetap milik Allah

Assalamualaikum,

Apa perasaan anda bila melihat pengantin perempuan berpakaian gaun putih, mendedahkan sebahagian drpd dadanya, dgn rambut mengurai? Kalau omputih tak apa-apa, kan? Tapi kalau pengantinnya Melayu? Pasangannya omputih? Kawin ala kristian di taman, ada paderi kat depan? Tapi, emak pengantin perempuan tu bertudung? Ni yang saya lihat photonya di FB. Perkara ini di buat di USA. Sekitar majlis perkahwinan itu, semuanya orang asing, omputeh. Kelihatan ibu pengantin tersebut, bertudung, bangga bergambar dengan keluarga omputeh yg menjadi besannya.

Berkali-kali saya baca namanya...nama Melayu Islam, berbinkan bapa yang bernama Islam. Subhanallah...apa la nak jadi dunia sekarang ni? Botol dan cawan arak bersusun di meja...pengantin juga siap pegang gelas arak tersebut, dengan muka yang ceria, mengangkat tinggi gelas...agaknya gembira bila di "wish" selamat pengantin baru agaknya.

Tergamam saya melihat photonya. Walau di mana pun kita berada, Allah Melihat.

Mungkin kerana mak bapa sekarang ni bangga dengan anak-anak mereka yang "mengikut trend" omputih, kawin dengan omputih, pakaian ala-ala omputih...semuanya bangga dengan kehidupan omputih, dari mana mereka ni semua belajar mempunyai perasaan seperti itu? Sudah tentu daripada TV dll.

Cara kehidupan seorang muslim, dianggapnya kuno, mundur, dan tak up dated...kenapa terasa begitu? Kerana tidak betul-betul mengkaji ilmu agama Islam. Tidak nampak Islam sebagai agama dunia. Allah yang menjadikan kita dan dunia...segalanya...Allahuakhbar!  Kita juga tak betul-betul mengkaji ilmu agama kristian. Yang kita  nampak ialah segala kecantikan luarannya sahaja. Tanpa mengetahui ianya telah di ubah oleh manusia yang hanya berminat kepada dunia, sehingga terpesong daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam.

Renung-renungkan lah...

Dimulakan dengan Bismillah...

Assalamualaikum,

Ummi baru nak mula...banyak yang salah ni. Sabar je la...Macamana nak buh gambar ye? Mesti plain je kalau tak ada gambar...tak menarik perhatian..

Memang manusia suka kepada yang cantik, suka kepada yang berwarna warni...kalau tak, masakan ramai yg ingin anak matanya juga berubah warna dari hitam ke biru, hijau dan sebagainya.

Pakaian kita juga mesti nak yang berwarna warni...supaya kita kelihatan ceria...

Ummi pun pilih ikan2 yg dok berenang tu pun warna-warni, supaya kelihatan ceria..