26.12. 2014...Hampir berakhir setahun lagi umur yang ada...tahun yang banyak dipelajari hal duniawi... Dari sistem pengurusan PSS, ke PBS ke PT3 juga ke HSPM..
Cuba menggarap novel lagi. Masih mencari keyakinan diri. Tanpa bantuan dari penulis lain...mampukah? Sambil menulis, semangat di suntik. Cuba mengejar masa. Dari dua bulan, tinggal sebulan sahaja lagi tarikh tutup Sayembara. Baru di mukasurat 22... Dapatkah disiapkan, 200 mukasurat, syarat untuk melayakkan diri masuk bertanding. bersaing dengan semua penulis tersohor negara.
ADESSSS....Rindu bunga-bungaan di back yard Arcadia.
Thursday, December 25, 2014
Thursday, June 5, 2014
ULASAN DARI CKG Abd Razak Husin
Suteki Da Ne Aleena- Mass Ruhaiza Ali (ITBM Kuala Lumpur, 2013)
Novel Yang Membangunkan Jiwa…
“Cikgu, baca novel Jepun?” tanya seorang murid saya. Saya tersenyum lalu membalasnya, “Saya baca novel Melayu. “Oh…”, keluhnya panjang. 'Tajuknya juga sudah menarik barang kali'. detik saya dalam hati.
Suteki Da Ne Allena naskhah sulung yang digarap oleh seorang guru Sains yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biologi dari SUNNY New Paltz New York ini merupakan naskhah yang wajar dibaca oleh semua peringkat usia.
Saya percaya naskhah ini digarap dari kisah sebenar anak penulis yang menjadi penuntut Melayu yang menuntut di sebuah sekolah di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Di Foothill Middle School, Arcadia, California.
Aleena yang berusia 12 tahun dan terpaksa melepaskan UPSRnya dan kelas KAFAnya pada waktu petang sudah tentu membangkitkan cabaran baru yang pasti mematangkan jiwanya sebagai seorang penuntut ilmu di bumi asing. Perbezaan yang amat ketara dari sesi pembelajaran kadangkala merimaskan Aleena namun ditempuhnya dengan penuh kesabaran malah jati diri seorang Muslimah sejati diangkat oleh penulis dengan penuh bijaksana dan berhemah. Aleena dan kakaknya Noor tetap bersolat di bawah pokok ketika berada di Disneyland Park ketika membuat persembahan di sana.
Kegigihan dalam menuntut ilmu dan menjadi penuntut asing terbukti apabila Aleena terpaksa melepaskan kelas biolanya oleh sebab tidak mendapat markah 80 % dalam subjek Matematik apatah lagi ilmu Matematik iaitu Algebra tidak pernah dipelajari sewaktu di Malaysia. Itulah cabaran yang perlu ditempuhi oleh anak kecil ini.
Aleena terpaksa menghadiri bengkel dan melupakan kelas biolanya buat seketika. Namun anak kecil ini terus berusaha gigih dalam Matematik dan perlu pula menyiapkan tugasan dan dihantar menerusi blog gurunya Matematiknya , Mrs. Rea hampir setiap hari.
Konflik Aleena bermula apabila terpaksa melepaskan kelas biola yang amat dicintainya malah minatnya yang amat mendalam dalam bidang tersebut telah memaksa Aleena meneruskan pembelajaran biola menerusi Kak Noor ketika berada di rumah.
Oleh sebab kegigihan itu, akhirnya Aleena telah memperoleh markah 100% untuk subjek berkenaan dan dibenarkan mengikuti kelas biola pada semester yang akan datang. Akhirnya, Aleena memperoleh sijil cemerlang setelah berjaya menamatkan kelas muzik bersama dengan Highlander String Orchestra, Foothill Middle School sekali gus berjaya pula mendapat sijil Matematiknya.
Satu lagi cabaran yang perlu ditempuhi oleh Aleena ketika menghadiri kelas Pendidikan Jasmani. Aleena tidak pernah menjadikannya alasan bahawa penghidap asma tidak mampu untuk melakukan larian sebanyak empat pusingan padang dalam masa 10 minit. Inhaler sentiasa menjadi peneman rapatnya ketika itu. Aleena berjaya juga melepasi halangan berkenaan.
Penulis telah berjaya memberikan gambaran sistem pendidikan di luar negara walaupun tidak sepenuhnya. Bagi saya yang tidak pernah mengikuti pembelajaran di sana, sudah tentu, novel ini sedikit sebanyak memberi informasi yang cukup berguna kepada saya. Saya amat tertarik dengan pemberian markah bagi setiap kerja rumah. Markah kerja rumah akan dikira sebahagian daripada peperiksaan akhir. Cuma pemberatannya tidak diceritakan secara jelas oleh penulis. Subjek yang ditawarkan mengikut sistem semester juga tidak banyak. Murid akan bergerak untuk menuju ke kelas mengikut mata pelajaran yang ditetapkan. Hal ini bermakna setiap guru akan memiliki bilik sendiri. Jumlah pelajar juga hanya 25 orang sahaja bagi setiap kelas. Mungkin penulis perlu menceritakan perkara ini dalam penulisannya yang akan datang.
Syabas kepada penulisnya, Massruhaiza Ali kerana sekiranya usaha penulisan ini tidak dilakukan maka perkongsian pengalaman yang menarik ini tidak berlaku. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada penulis yang berjiwa besar ini. Jangan persia-sia bakat yang ada walaupun ini novel sulung namun impaknya dapat dirasai oleh khalayak pembaca.

Wednesday, May 7, 2014
Sambungan...
Assalam,
dah lama ummi tak menulis...sambungan..banyak yang berlegar di minda. Tak sebanyak masa untuk mencoretkannya di paparan bercahaya.
Alhamdulillah novel Suteki Da Ne Aleena dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa, buat kali keduanya. Cuma kali ini, ditakdirkan Ummi tak dapat hadir ke sana untuk sama-sama meraikannya. Kaki terseliuh jatuh ketika mengangkat bungkusan besar soalan peperiksaan buat anak pelajar. Soalan PISA.
Susah bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain setiap hari untuk masuk ke kelas, apatah lagi untuk naik turun tangga di sebelah hentian Putra. Namun hati setiap hari berkunjung ke sana. Mata setiap hari membaca laporan dari ITBM di muka buku bercahya ini..Alhamdulillah, dapat menatap gambar rakan yang ke sana, sempat mereka bergambar dengan novel Suteki Da Ne Aleena.
Apa-apa pun, tentu ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui segalanya adalah perancanganNya yang hebat, Alhamdulillah.

Subscribe to:
Comments (Atom)