Assalamualaikum,
Apa perasaan anda bila melihat pengantin perempuan berpakaian gaun putih, mendedahkan sebahagian drpd dadanya, dgn rambut mengurai? Kalau omputih tak apa-apa, kan? Tapi kalau pengantinnya Melayu? Pasangannya omputih? Kawin ala kristian di taman, ada paderi kat depan? Tapi, emak pengantin perempuan tu bertudung? Ni yang saya lihat photonya di FB. Perkara ini di buat di USA. Sekitar majlis perkahwinan itu, semuanya orang asing, omputeh. Kelihatan ibu pengantin tersebut, bertudung, bangga bergambar dengan keluarga omputeh yg menjadi besannya.
Berkali-kali saya baca namanya...nama Melayu Islam, berbinkan bapa yang bernama Islam. Subhanallah...apa la nak jadi dunia sekarang ni? Botol dan cawan arak bersusun di meja...pengantin juga siap pegang gelas arak tersebut, dengan muka yang ceria, mengangkat tinggi gelas...agaknya gembira bila di "wish" selamat pengantin baru agaknya.
Tergamam saya melihat photonya. Walau di mana pun kita berada, Allah Melihat.
Mungkin kerana mak bapa sekarang ni bangga dengan anak-anak mereka yang "mengikut trend" omputih, kawin dengan omputih, pakaian ala-ala omputih...semuanya bangga dengan kehidupan omputih, dari mana mereka ni semua belajar mempunyai perasaan seperti itu? Sudah tentu daripada TV dll.
Cara kehidupan seorang muslim, dianggapnya kuno, mundur, dan tak up dated...kenapa terasa begitu? Kerana tidak betul-betul mengkaji ilmu agama Islam. Tidak nampak Islam sebagai agama dunia. Allah yang menjadikan kita dan dunia...segalanya...Allahuakhbar! Kita juga tak betul-betul mengkaji ilmu agama kristian. Yang kita nampak ialah segala kecantikan luarannya sahaja. Tanpa mengetahui ianya telah di ubah oleh manusia yang hanya berminat kepada dunia, sehingga terpesong daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam.
Renung-renungkan lah...
No comments:
Post a Comment