Assalamualaikum,
Ummi tertarik dengan cara pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah di USA ni. Setiap buku yang akan di baca oleh kanak2/pelajar...nama penulis yang di dahulukan. Nama penulis, di tulis besar-besar. menjadi kesalahan jika tidak dinyatakan nama penulis jika kita qoute/ ambil sebahagian drpd ayat tulisannya... So,"Hak ciptanya Terpelihara".
Bila Ummi buka majalah keluaran Malaysia, yang menyiarkan article atau pun cerpen...kecik je tulisan nama penulisnya...kalau tak cari, tak jumpa. Kita di sekolah pun tak di didik supaya menghormati atau menyangjungi penulis sepertimana yang di buat di sekolah omputih.
Rasanya sebab itulah hanya ada segelintir penulis sahaja yang di kenali umum...itupun kalau dia menulis dan ada buku yang dikeluarkan oleh DBP....kalau ada buku penulisannya keluaran pencetak selainnya...alamat tak dikenali lah sampai dia dapat anugerah sesuatu untuk hasil karyanya.
Kasihan juga saya dengan para penulis Malaysia yang kurang mendapat layanan umum, bukan senang untuk menghasilkan sesuatu karya...bangunnya, tidurnya, mandinya...semuanya akan digunakan masanya untuk memerah otak untuk hasilkan karya yang bermutu. Kemudian sabar mereka menanti untuk di cetak karyanya...tidak semua karya yang di kemukakan kepada majalah/penerbit akan terpilih....
Sekiranya terpilih, belum tentu dibaca atau dihargai....sungguh malang sekali...ada juga penulis yang berbakat, namun tidak mendapat tempat di hati pembaca...kerana kita, orang Malaysia kurang membaca...(jika dibandingkan dengan Omputih...di mana-mana pun mereka berjalan bersama bahan bacaan...sehinggalah ke toilet pun, bawa surat khabar/majalah)...Tidak hairanlah penulis omputih ni boleh jadi jutawan hanya dengan menulis, tak kiralah novel atau pun article dalam media bercetak.
So, Tak kan lah hanya pelajar berjurusan sastera sahaja yang layak menulis? Sepatutnya pelajar jurusan Sains amatlah perlu menulis...bukan cerpen cintan cintun sahaja yang patut ada di pasaran...tapi menulislah tentang ilmu yang anda dapat untuk di kongsi bersama rakyat Malaysia...supaya sanak saudara kita dapat di tarbiahkan dengan ilmu yang kita ada....supaya kita semua menjadi rakyat berilmu pengetahuan tinggi...
Kepada semua, sahut lah ajaran Malaikat Jibrail yang menurunkan wahyu kepada Nabi SAW...."IQra'...Jika tiada penulis, macamana nak ada pembaca?
No comments:
Post a Comment