Tuesday, October 30, 2012

Malaysia Boleh ka?

Assalamualaikum,

Tadi sewaktu mengambil anak balik dari sekolah, ketika menunggu didalam kereta, lalu seorang nenek muda bersama cucunya. Setiap hari mereka akan melalui jalan ummi parkir kereta. tapi hari ini setelah mereka berlalu 5 langkah dari kereta ummi, anjing besar menyusur dengan berlari laju mengejar mereka.

Terkejut ummi apabila nenek menjerit nama "Katherin!... Stop!...Come here girl!" Rupa-rupanya anjing tu keluar dari rumah mengejar untuk bersama-sama mereka.

Tapi bukan cerita anjing yg menarik perhatian Ummi di sini.

Anjing yang besar tu mesti di bawa balik ke rumah, namun Katherin berdegil mahu bersama, menyebabkan nenek menyeretnya dgn sepenuh daya berpatah balik. Kedengaran suara nenek agak cemas, kerana Keterin amat besar dan bertenaga. Cucunya yang berumur dalam lingkungan 6 tahun cuba membantu.

"Cindy, go back home and get the strap!...Oh no! don't..." jerit nenek tiba-tiba, "You cannot cross the road alone yet."

Inilah ayat yg menarik hati Ummi.

Nenek amat menjaga disiplin tata cara lalu lintas, walaupun jalan tersebut tidak sibuk. Tambahan lagi pemandu di sini akan berhenti ..'full stop' di setiap simpang bertanda 'STOP' walaupun tiada kenderaan. Dan setiap pemandu akan mementingkan pejalan kaki dulu. Rumah nenek tadi hanya di seberang jalan yang ada tanda "STOP" ini.

Masing-masing menjaga tata cara dan patuh...barulah selamat semuanya....Jauh amat berbeza disiplin nya dengan rakyat Malaysia... No wonder accident are low here compared to our country.

Agaknya cogan kata. "Malaysia Boleh!" tak boleh di applykan dlm kes ini...hehe..

Fikir-fikirkan di mana silapnya rakyat Malaysia...sentiasa 'panas baran' ketika memandu di jalan raya...

No comments:

Post a Comment