Curiosity
"Sorry, I just want to ask you something about your culture. I respect your culture, but just want to know something." Dengan penuh sopan pak cik berumur melebihi umur ayah Ummi itu bertanya ketika sedang membeli belah di kedai. Ummi masuk ke kedai tersebut kerana mengisi masa, menunggu anak ummi yang sedang bersolat Jumaat di masjid berhampiran.
Banyak yang di tanyakan mengenai Islam, bercerita tentang sejarah dunia. Sejarah Middle East, keagungan dan keruntuhan negara2 di sana. Dia yang boleh berbual dalam 5 bahasa cuba menyatakan sesuatu...tentunya mengenai keamanan dunia. Kerana dia sendiri pernah menyertai peperangan.
Berumur 91 tahun, sudah tentu banyak pengalaman yang ingin di kongsikannya. Namun masa tak mengizinkan ummi berbual panjang. Ternyata sekali segala hujahannya cuba menyatakan kepada Ummi kenapa negara Islam asyik berperang.
Mau sahaja Ummi menyatakan bukan negara Islam yang mahu berperang, tetapi negara besar seperti USA lah yang memporak perandakan dengan melaga-lagakan orang Islam sehingga menyebabkan peperangan. Tak cukup itu, USA menghantar askar-askar dan alatan perang untuk memerangi dan membunuh orang-orang Islam. Namun, tak sampai hati nak berhujah dengannya melihatkan umurnya yang lebih jauh bezanya dari Ummi.
Kagum dengan sikapnya walaupun sudah di penghujung umur, tapi masih boleh "Berdakwah" kepada orang muda. Biarpun di dalam kedai sekalipun. Tertanya-tanya hati ummi, kenapa tak ramai muslimin dan muslimat kita yang Melayu dapat berbuat demikian, demi membimbing generasi muda di tanah air mahupun di luar negara.
yea..
ReplyDeleteYen you are the 1st...hehe..
DeleteUmmi dah malas nak layan blog...I think I should start again from number 1...Bersemangat tengok your blog.